Followers

Thursday, December 23, 2010

Falsafah Jainisme

Pengasasnya ialah Vardhamana Mahavira – jin atau roh ke 24 (Titankara) yg telah bebas dari ikatan karma.

Falsafah ini menentang fahaman ortodoks Hindu. Falsafah jainisme juga percaya tentang wujudnya roh yg tidak terbilang dan berada di mana-mana.

Teras kepercayaan Jainisme

- roh tidak boleh diganggu

- roh wujud dlm pelbagai bentuk yg boleh merosakkan dan meresap ke dlm badan

- mengganggu dalaman diri manusia

- roh yg tinggi darjatnya berada di syurga

Amalan hidup yg ketat utk mengawal diri drpd membinasakan roh

- memakai kain menutup mulut

- tidak memakai apa-apa pakaian

- berpuasa secara melampau

Prinsip falsafah Jainisme

i. Hidup meminta-minta sbg tanda tidak tunduk kpd nafsu duniawi

ii. Menjauhi nikmat hidup

iii. Berpuas hati dgn isteri yg ada

iv. Tidak melakukan perjalanan yg tidak penting

v. Tidak mengumpul harta

vi. Menolak segala bentuk keganasan

vii. Percaya ttg karma

viii. Percaya konsep naya iaitu pelbagai pandangan ttg ketuhanan; tiada tuhan yg Satu

ix. Peribadi mulia ialah (mengikut falsafah Jainisme) :

- jauhi segala perbuatan jahat

- hidup serba kekurangan

- jauhi keseronokan

- hidup meminta-minta dan berpuasa

Tuesday, December 7, 2010

Falsafah Buddhisme

Falsafah Buddhisme adalah salah satu agama terbesar dunia. Pengasasnya ialah Siddharta Gautama. Beliau lahir pada 566 SM di Kapilavastu (kini dikenali sebagai Nepal). Berkahwin pada usia 16 tahun. Suatu hari beliau menyaksikan keadaan luar istana iaitu penyakit, usia tua dan kematian, lalu meninggalkan istana untuk mencari kebenaran hakiki dan menyampaikan ajaran Buddha.

‘Buddha’ juga disebut sebagai enlightened one yang menolak amalan kasta dan prinsip ortodoks Hindu kerana pemusatan kuasa dan hormat kepada Brahmin.

Siddharta Gautama pernah menjadi sami Hindu tetapi tidak berpuas hati dgn ajaran Hinduisme. Ajaran Buddha terkandung dalam Pali Canon. Teras falsafah Buddhisme ialah ‘kehidupan ialah kesengsaraan dan punca segala kesengsaraan ialah nafsu.’

Prinsip Buddhisme

Dharma – kasih sayang tiada had antara manusia dan binatang

2 sifat dalam jiwa manusia iaitu :

1. Sifat biasa

2. Sifat sebenar iaitu suci dan sempurna

Terdapat 3 kebenaran sejagat ajaran Buddha iaitu :-

Kebenaran sejagat pertama

- Tidak ada yang hilang dari alam jagat

Kebenaan sejagat kedua

- setiap benda sentiasa berubah

Kebenaran sejagat ketiga

- hukum penyebab dan akibat

Menurut buddhisme bentuk kesengsaraan yg dilalui manusia adalah :-

1. Ketika kelahiran

2. Usia tua

3. Penyakit

4. Kematian

4 ruas jalan kemuliaan

1. Kehidupan ialah dukkha

2. Penyebab penderitaan ialah nafsu (kejahilan dan tamak)

3. Penderitaan boleh dihapuskan jika nafsu dipadamkan dari jiwa manusia

4. Keinginan boleh dihapuskan jika manusia ikuti Lapan Ruas Jalan Kemuliaan

Apakah dia Lapan Ruas Jalan Kemuliaan itu?

Apabila Gautama Buddha memberi syarahan pertamanya, beliau menggunakan symbol Pusingan Roda Dharma. Roda dgn 8 cerucuk yg menggerakkan roda utk melambangkan Lapan Ruas Jalan Kemuliaan yg perlu diikuti setiap satunya. Lambang pengajaran Budhha sbg roda besar yg sentiasa berpusing tanpa henti.

1. Pengamatan atau penglihatan yg betul – melihat dgn kasih syg dan hikmah.

2. Pemikiran betul – pemikiran yg berasaskan kasih syg

3. Pertuturan betul – kata-kata yg baik dan bersopan

4. Tingkah laku betul – tingkah laku yg tidak mencaci org lain

5. Mata pencarian betul – memilih sesuatu pekerjaan tanpa mengkhianati atau merampas hak org lain.

6. Usaha betul – melakukan perkara yg baik pd setiap masa seperti membuat kebajikan pd org lain dan tidak membuang masa dgn perkara yg merosakkan diri dan org lain.

7. Kesedaran mental betul – sentiasa sedar akan fikiran , perkataan dan tindakan.

8. Tumpuan betul – menumpukan kpd satu perkara pd satu masa utk mencapai meditasi dan tumpuan yg betul.

Mengikuti Lapan Ruas Jalan Kemuliaan boleh diibaratkan sebagai proses menanam.

(minda ibarat tanah dan pemikiran adalah benih)

Falsafah Hinduisme

Hinduime adalah agama paling tua dan tiada pengasas dan merupakan amalan kaum Aryan dan tamadun lembah Indus (6500-1500 SM). Pengikut hinduisme percaya kepada kitab Vedas. Di dalam falsafah ini, kuasa mutlak ialah zat Atman-Brahman di mana ia dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk kekuasaan dan jelmaan seperti dewa dan dewi yang mempunyai kuasa tertentu. Cabang hinduisme bergantung kepada tuhan atau dewa yang dipuja iaitu Siva.