Followers

Monday, November 22, 2010

Falsafah Timur

Falsafah Timur wujud lebih awal daripada falsafah barat. Ia memberi tumpuan kepada elemen mistik, adat resam dan ikatan kekeluargaan. Falsafah Timur melampaui tafsiran logical, iaitu banyak elemen metafizik.

Falsafah Timur merangkumi falsafah hinduisme, falsafah buddhisme, falsafah jainisme, falsafah cina, falsafah taoisme dan falsafah Confucius.

falsafah hinduisme

falsafah buddhisme

falsafah jainisme

falsafah cina

falsafah taoisme

falsafah Confucius

Friday, November 19, 2010

Cabang-cabang falsafah

1. Metafizik

2. Aksiologi

3. Logic

4. Epistemology

Metafizik

Berasal daripada istilah metaphysica. Ia adalah persoalan mutakhir yang tidak dapat diselesaikan dengan kaedah saintifik. Metafizik juga melibatkan persoalan roh, jiwa, kehidupan manusia dan alam jagat.

Aksiologi

Bermaksud ‘teori nilai’. Merangkumi hujah-hujah mengenai asas perlakuan dan tingkah laku manusia dalam hubungan dengan manusia lain.

Logic

Merupakan sains penaakulan. Terdapat logic deduktif dan logic induktif. Fungsi utama logic ialah menilai hujah dari sudut kesahihan, kebenaran dan kemunasabahan. Logic tidak dapat membuktikan sepenuhnya perkara yang berkaitan dengan nilai, emosi, keimanan dan citarasa.

Epistemology

Berasal daripada istilah Yunani episteme yang bermaksud knowledge atau ilmu. Perkara utama dalam epistemology ialah memberi justifikasi kepada proses mengetahui sesuatu yang diterima sebagai ilmu.

Ciri-ciri Ilmu Falsafah

1. Sinoptik – menyeluruh/komprehensif

2. Analitikal – meneliti pernyataan

3. Ilmu pengetahuan / disiplin bukan bersifat empirical

4. Reflektif

5. Spekulatif – meramal / membuat andaian

6. Preskriptif/normative

7. Ibu kepada semua ilmu pengetahuan : (maksud falsafah sebagai Ibu kepada semua ilmu pengetahuan di sini adalah falsafah terdapat dalam pelbagai disiplin ilmu ; falsafah sains, falsafah perubatan, falsafah perniagaan dsb.)

8. Tidak mencipta ilmu saintifik baru

9. Mengutarakan pemikiran

10. Menetapkan hala tuju dan matlamat

11. Mengutarakan persoalan sejagat

Wednesday, November 17, 2010

Takrifan dan pengertian falsafah

Falsafah adalah istilah Yunani philo dan Sophia bermaksud ‘love of wisdom’ iaitu mencintai hikmah. Hikmah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan (epistemology), nilai (aksiologi), kewujudan hakiki (metafizik) dan pemikiran yang rasional, sistematis dan tidak dipengaruhi emosi (logic) dan analitikal.

Tumpuan maksud hikmah adalah berbeza mengikut individu : mazhab falsafah (Barat, Timur dan Islam).

§ Perbezaan maksud hikmah :

- tumpuan kepada akal/rasional

- tumpuan kepada metafizik

- tumpuan kepada nilai

Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 269, Allah Taala berfirman yang bermaksud :

“Barangsiapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak”.

Hikmah dari sudut Islam bersifat bersepadu – ilmu, iman dan amal. Ilmu, akhlak dan ketuhanan tidak berpisah.

Hikmah dari sudut falsafah timur – ilmu pengetahuan, nilai kerohanian, ikatan kekeluargaan dan elemen mistik.

Bermulanya Blog Baru - Blog Falsafah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ini adalah blog kedua abang buku selepas blog mykedaibuku2u. Diharapkan kehadiran blog falsafah ini sedikit sebanyak membantu para pelajar bidang falsafah atau pelajar yang perlu belajar subjek falsafah atau mereka yang berminat untuk belajar ilmu asas falsafah. Selain itu, diharapkan blog ini juga dapat menjadi rujukan untuk para pelajar atau mahasiswa samada di peringkat kolej atau universiti yang ingin membuat tugasan kuliah (assignment).

semoga anda mendapat manfaat daripada blog ini. :)

hidup falsafah,

-abang buku-