Falsafah adalah istilah Yunani philo dan Sophia bermaksud ‘love of wisdom’ iaitu mencintai hikmah. Hikmah berkait rapat dengan ilmu pengetahuan (epistemology), nilai (aksiologi), kewujudan hakiki (metafizik) dan pemikiran yang rasional, sistematis dan tidak dipengaruhi emosi (logic) dan analitikal.
Tumpuan maksud hikmah adalah berbeza mengikut individu : mazhab falsafah (Barat, Timur dan Islam).
§ Perbezaan maksud hikmah :
- tumpuan kepada akal/rasional
- tumpuan kepada metafizik
- tumpuan kepada nilai
Di dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 269, Allah Taala berfirman yang bermaksud :
“Barangsiapa diberi hikmah, maka ia telah diberi kebaikan yang banyak”.
Hikmah dari sudut Islam bersifat bersepadu – ilmu, iman dan amal. Ilmu, akhlak dan ketuhanan tidak berpisah.
Hikmah dari sudut falsafah timur – ilmu pengetahuan, nilai kerohanian, ikatan kekeluargaan dan elemen mistik.
No comments:
Post a Comment